hALOOO

Friday, 26 April 2013

ADD FRIEND VS UNFRIEND

As salam semua..seandai ada yang membaca blog picisan ini.. oh blog ini merupa 100% luahan rasa saya sendiri, maknaya sekadar berkongsi aktiviti dan pandangan saya..

berbalik tajuk di atas pernah x terjadi ada kawan2 rapat kita bertindak membersihkan list sehingga  UNfriend kita ..dan ada juga yg kita tak kenal add friend lantas di alam maya terus jadi bff

ok perkara ini terjadi pada saya juga kerana mungkin ada yang kurang senang dengan status politik di wall saya..dan mungkin beliau beranggapan kalau nak jadi BFF mesti sokong PARTI yang sama..ini berikutan saya dapat tgk sendiri beliau juga update status berunsurkan politik ye la kalau saya sokong hijau beliau kutuk hijau kerana saya tahu beliau PUTERI UMNO..namun sifat saya apa jua status politik saya tidak pernah komen di bawah ruangan komen entry terbabit.. saya akan komen di ruangan wall milik saya sendiri... saya sudah agak perkara kena virus UNfriend ni akan terjadi namun saya tidak akan berbuat demikian kerana bagi saya nilai persahabatan perlu dijaga walaupun beza fahaman politik.. saya masih berkawan dgn penyokong2 berlainan arah kerana saya yakin dengan persahabatan perlu di teruskan walaupun x 100% sekepala ..x gitu ..sejak berhenti di tempat kerja lama saya mmg jarang bersua muka..hanya di FB tempat melepas rindu pada sahabat.. namun setelah di nyahkan dari list maka  terputuslah hubungan tersebut.. saya tidak kisah pun kerana yg memutuskan hubungan ini adalah beliau.. saya ini agak berbeza dgn beliau kerana saya dulu aktif berpesatuan,jadi pengalaman itu memberi pendedahan sebenar dunia politik  semasa di zaman kolej.. beliau ini hanya setakat pemain bola jaring bagi kolej kediaman di utara..dan rezeki berkahwin dgn org berada jadi beliau x kan rasa isu2 rakyat yang di bawa oleh PR ini satu perkara serius kerana hidupnya di lindung emas.. itu kan rezeki Allah.. jadi jika tidak setuju isu di bawah PR kerana beliau x pernah rasa menderita akibat kesempitan dan kesusahan.. saya pulak merasa susah dari zaman kanak2 dan apabila mempunyai kesenangan sendiri saya selalu meletak kan diri di tempat orang yg rasa susah.. jadi biarpun fahaman berbeza dengan kawan saya ini saya tidak pernah ralat kerana saya yakin perjuangan ISLAm lebih dari segalanya dan saya sentiasa berdoa beliau di beri NUR utk tolak UMNO ..kerana saya sayangkan beliau... mungkin beliau tidak akan baca entry ini namun saya tetap akan berdoa dan persahabatan saya dgn beliau tetap manis sampai bila2..


PERSAHABATAN IKHLAS DAN MATANG MESTI DILETAK KAN DI KELAS TERSENDIRI TANPA BERCAMPUR FAHAMAN POLITIK..