hALOOO

Friday, 7 December 2012

Pas...Raya

Salam semua...
Jom tengok apakah makna kejatuhan huruf A... berlaku di sebuah pasaraya.. Parti satu lagi jangan cemburu ye sbb parti lain bukan sahaja jatuh huruf malah tunggu giliran untuk  jatuh tersungkur huahahaha..

Wednesday, 21 November 2012

KEBULURAN X MAKAN Mc D..KEHAUSAN KALAU X DAPAT KOPI STARBUCKS…. GAZA oh GAZA..dimana sumbangan kita?




Tiap kali tentera  Zionis menyerang Gaza tiap kali itu juga lah kita akan kutuk Israel…mula la berhimpun beramai-ramai menyatakan kemarahan kepada Israel… bendera dibakar.. siapa yg keluarkan modal buat bendera Israel ?..pastu kita bakar… lainlah kalau kita dpt bendera tersebut dari orang Israel..baru puas hati kena bakar sbb mmg itu bendera dari mereka betul x? mcm kerja bodoh je saya rasa..… dan juga akan ada yang meluahkan segala bentuk kekecewaan dalam media social mengenai Israel..  begitu juga para karyawan seni akan buat konsert amal …nyanyi2 selamatkan Palestine… apa dgn lagu atau puisi ini mampu selamatkan anak2 kecil disana?  walau apapun tindakan dan luahan kita x mampu untuk hentikan kekejaman ini… mereka saban hari semakin kuat dan kukuh.. siapa sangka dari satu bangsa yang tidak mempunyai tanah air sendiri mampu berdiri kukuh membina nama dan kekuatan mereka… siapa yg bantu Israel? Jawapanya adalah KITA… ya jangan marah kalau saya katakan KITA yg bantu ISRAEL… ya sekali lagi..kita semua yg ada di seluruh dunia bantu ISRAEL laknatullah… dengan cara apa kita bantu mereka? Jawapanya melalui kekuatan ekonomi di sebalik sekutu kuat ISRAEL iaitu AMERIKA SYARIKAT… hari2 kita support mereka untuk teruskan kekejaman terhadap bumi Palestin…Ya kita akan dikatakan sebagai kolot kalau x makan..x pakai atau x guna segala benda yg datang dari Negara Uncle SAM ini…dan kita juga lebih selesa menyalahkan Negara ARAB dan Negara islam yg lain x bersatu hati sbb kalau Negara pengeluar minyak ini hentikan pembekalan minyak kepada Amerika Syarikat.. lumpuhlah ekonomi..malah ada yang takut kalau lumpuh Amerika maka lumpuhlah ekonomi dunia…..itulah sikap kita mmg suka salahkan dunia lain dan sentiasa mengharapkan orang lain akan mulakan dulu maka kita akan ikuti kemudian…kenapa ya tidak kita mulakan misi untuk mengajar Amerika Syarikat dan ISRAEL ini hari ini.. detik ini..yakinlah kita mampu walaupun sangat kecil sumbangan kita…hari ini presiden Barrack Obama menyatakan sokongan kuat kepada ISRAEL dan merestui serangan terhadap GAZA..amboi angkuh sungguh si OBAMA sebab baru je menang jawatan PRESIDEN untuk kali ke2….
Dan kawan2 semua marilah kita bersama2 berganding bahu untuk terus –terusan boikot semua barang dan produk yang ada kaitan dengan Israel… ya mari kita sama2 iktiqad dalam hati untuk tidak terus membunuh umat islam di GAZA melalui Amerika syarikat.. kita mampu ubah situasi ini jika kita bersatu hati dengan  tidak membeli barangan dari US.. antara produk dari US..
Mc Donalds.. ya ini produk yang di gemari semua… . dan tiap kali Gaza kena serang tiap kali itu jugalah tauke MCD Malaysia merayu dan keluarkan statement kata xda sumbangan dibuat ke dana ISRAEl.. amboi korang percaya eh.. yelah.. ada tauke atau pemegang francais di Malaysia orang melayu.. ya kita slalu kata nak bantu melayu kan… tp melayu ini kenapa x nak tolong melayu lain.. kenapa nak meniaga kena jual burger MCD? Blh je kan dgn modal nak buka francais yg berjuta ringgit ini tukar dengan develop produk sendiri… senangkan.. x perlu bayar yuran fraincais kepada tauke  MCD di US nun.. mmg la MCD Malaysia x bantu directly kat Israel tapi MCD Malaysia bantu melalui yuran francais dan royalty yang ada kepada HQ MCD di US..so dana ini lah yang digunakan oleh US  untuk serang GAZA..dana ini digunakan untuk BUNUH SAUDARA ISLAM KITA DI GAZA…
Bukan MCd sahaja…KFC , PIZZA, BURGER KING, dan seangkatan dengan nya yang datang dari US ini sama sahaja modus operandi nya…
Begitu juga dengan STARBUCKS… oh sangat ohsem kalau dapat minum Frapuccino dan sewaktu dgnnya sambil duduk kaki bersilang ditemani layar ipad atau tablet lain kan kan kan.. tp sambil silang kaki sambil kita rileks2 minum dengan bangga..begitu juga kita bangga telan darah saudara islam kita di GAZA…
TANYA diri kita… matikah aku kelaparan kalau x makan makanan ini…dan Kehausan kah kita kalau x minum ice blended dari starbuks..
Ada lagi ….kalau nak shopping groceries blh jekan kalau x beli kat TESCO… banyak  syarikat tempatan yg kita blh pergi .cthnya GIANT..HERO..ECONSAVE… malah pasaraya kecil yg lain..kenapa mesti ke TESCO jika kita ada pilihan lain…siapa dibelakang TESCO?
Saya juga percaya ramai juga yg kata kenapa nak boikot sangat..bagi derma je sudah..bila boikot nanti pekerja jenama-jenama Israel di Malaysia ini nak kerja kat mana ..mereka pun majority org islam..xkan kerana nak tolong org islam kat Gaza..org islam pekerja Mcd dan lain lain perlu kelaparan..apa nasib mereka .. ya mmg majority pekerja ini org melayu..org islam.. dan kenapa mereka memilih syarikat yahudi untuk bekerja sedangkan banyak lagi pekerjaan di syarikat jenama tempatan perlukan mereka.. tidak kah mereka terfikir sumbangan mereka ke atas kezaliman di Gaza? dan bg saya pekerja2 ini walaupun di boikot restaurant atau produk mereka..mereka akan tetap menerima gaji yg sama setiap bulan.. dan jika operasi restaurant dihentikan dan majikan terpaksa buang pekerja..majikan mesti patuh pada undang2 buruh di Malaysia dimana pampas an perlu disediakan sekurang2nya 3 bulan gaji.. dan pada waktu inilah pemegang francais itu boleh membuka perniagaan lain berjenama tempatan.. cth Marrybrown..kopitiam atau bangunkan jenama sendiri..dan ambil semula pekerja berkenaan..jimat juga kos latihankan.. kerana pekerja di restaurant segera adalah pekerja terlatih.. tanpa jenama antarabangsa cap Israel itu boleh juga mencari rezeki dan pasti rakyat Malaysia akan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.begitu juga dgn TESCO..kalau kita boikot dan mereka mengalamai kerugian dan perniagaan ini biasanya akan di ambil alih oleh syarikat yg mampu spt Giant, Aeon dan sebagainya.. pernah x korang tengok pasaraya gah lepas tu ditukar kepada jenama pesaing yg lain... cth Pasaraya BINTANG... sekarang diambil alih oleh GIANT... begitu juga dgn CARREFOUR yg telah mengalami kegagalan dan akan di ambil alih oleh AEON... jadi pekerja2 ni semua akan selamat.. kerana pasaraya ini tidak ditutup tetapi dibeli oleh pesaing yang berkemampuan... jadi apa nak pening fikir nasib pekerja yg belum tentu hilang.... Kita hanya nak boikot JENAMA ISRAEL je.. lps dah bertukar tuan kita ramai2 support balik seperti sediakala....jadi .....
Saya mohon kwn2 semua marilah menentang kezaliman Israel dan tulang belakang mereka iaitu Amerika syarikat dgn cara ini…lumpuhkan ekonomi mereka supaya mereka tidak angkuh membunuh Islam dgn senjata kekayaan melalaui rangkaian perniagaan mereka seluruh dunia..tolonglah mulakan usaha walaupun sedikit..janganlah kita menjadi penyumbang kepada keganasan dan kezaliman .. AllahuAkbar..
Walaupun ada sarankan derma, jihad dan doa sebagai jalan terbaik dan paling berkesan.. tanpa usaha boikot percayalah ISRAEL akan tetap utuh dgn ekonomi .. dan apa salahnya kita buat semuanya sekali.. Boikot juga derma.. Jihad juga Derma ..Doa juga Derma.. Allah SWT sendiri minta kita DOA dan USAHA serta Tawakkal…InsyaAllah  Jahanam lah Yahudi ..tp jika kita Jihad, jika kita Derma dan jika kita Doa TANPA usaha Boikot samalah kita dgn org2 yg hipokrit dan tidak punya nilai kemanusian kerana kita fikir aku dah bagi derma..aku nak pergi jihad ..aku x putus  doa lps solat tp pada yg sama aku juga membantu Israel dgn membeli dan menggunakan produk mereka..aku jihad aku derma dan aku doa tp aku masih lagi bantu Israel kukuhkan ekonomi mereka..ya aku beli barang mereka dan keuntunganya aku tolong Israel beli peluru untuk bunuh saudaraku… renung2kanlah…