hALOOO

Saturday, 24 August 2013

Awas entry 18sx ..free Show di bilik hotel :)



Free show di bilik hotel…
Tajuk di atas melambangkan cerita sebenar ye..cerita sebenar ..betul x tipu…
Ok sebelum tu apa korang rasa kalau tetiba bilik hotel kita di ceroboh??  Al maklumlah dlm bilik kita suka hati la nak aksi mcmna kannn.. tgh tido ke tgh mandi ke..tgh 18xxx ke kan (Amaran :hanya sah utk suami isteri yg bernikah sahaja ye)
Mesti mcm2 rasakan …. Marah ada malu ada takut ada.. ye lah tetiba org asing masuk bilik kita.. lainlah yg masuk tu pencegah maksiat ke tp dorang mesti ketuk pintu dulukan mcm dlm tv tu..ha yang ni padan muka korang kalau blm nikah hehehe
Sebenarnya aku nak cerita ni kejadian berlaku di hotel penginapan aku sebaik menjejaki bumi Tawau.. flight dari kl 6.45 pastu delay  plk so sampai sana malam la.. kan sana kan mmg kalau smpai pkl 10 pun mcm tgh malam dan kitaorg sampai kat hotel mmg dah lewat sgt. Bila  Boss besar dah jumpa boss kecik mmg lama la sembangnya sbb singgah minum dulu..
Jadi biasanya bila kami visit sabah ni mmg segalanya telah tersedia ..so si bos kecik ni mmg dah siap aturkan bilik semua… jd kitaorg tinggal minta kunci je kat kaunter tu…
Ok settle terus naik bilik tingkat 4 .. tp alahai bila buka je pintu tetiba bilik tu dah di penuhi  beg dan mata autospot atas katil ada aksi opppppsss..tp kitaorg terus cpt2 tutup balik pintu trs turun bawah mengadu kat kaunter” ni bilik siapa sudah di isi org bah ni.. ada beg lagi  tu”..
Si gadis kaunter tu chek balik ..betul puan ini bilik puan.... bila argue aku suruh dorang chek balik past tu terus budak tu ckp maaf puan salah kunci … dlm hati mcmna begitu cuai salah kunci..?? x psl2 free show ..couple cina kot hahaha choiiii malang la nasib aku..nasib dorang x jerit coz dorang pun x perasan kot pintu terbuka coz slow je kitaorg buka pintu tu asalnya kan pintu auto  guna kad tu..
Bila dapat kunci baru kali ni tingkat 6 .. kitaorg cpt2 naik bilik… ha sini episode bermula sekali lagi… puas aku godek godek kad tu kad pintu x mau nya hijau .. aduii penat dah ni sekali lagi turun .. cik pintu ni x blh buka.. budak kaunter minta try lagi.. redho je naik atas balik ..
Lama juga  kitaorg try aduhai x blh juga.. time ni aku trn sekali lagi laki aku tinggal atas utk trskan misi menggodek pintu.. time ni aku berkaki ayam..penat dah kaki aku nasibla semua karpet..
Mengadu lagi kat kaunter kali ni dia kata nak panggil technian dia.. aku naik balik ….lama gila kot menunggu technician .. aku dah melepek dpn pintu.. sampai budak techniacian tu dtg dia pun try..  dia mula try check ada alat tu ..dia kata pintu ni ok.. bateri pun baru lagi.. (yg kat pintu tu punya la.. ) aku pun trs  ckp ke ada org kat dlm ni mcm td kitaorg dpt bilik ada org.. budak tu pun pelik juga.. sampaila episode tech tu mcm hentak ke tendang2 kat pintu tu ..tiba2 ada balasan tendangan dari dalam… trs budak tech tu ckp ada org ni bilik ni…
Apalagi trs kitaorg turun bawah balik.. duduk kat lobi.. masa tunggu ni ada sorang cina ni turun mengadu ada org nak rompak bilik dia haa kau dpt label perompak terus.. yg aku geram kenapa dorang yg kat dlm tu bodoh sgt tunggu je bilik ko nak kena pecah masuk??? Lama kot aku godek pintu tu x terbukak  ..ambil la langkah proaktif call pihak hotel utk chek sbb ada unsur2 org nak buka pintu..ni yg ko duduk dlm tu diam2 kenapa  kan ….blh je dorang duduk diam2..kalau  bgtau org hotel mestilah budak reception td tu tau situasi ni lbh cpt..dan kalau btl2 perompak or penjenayah mcmna? ..giler ..dah la aku kepenatan.. time tu dah dkt pkl 1.30 dah… staff reception tu plk tgh call sana sini.. dia call budak yg uruskankan tempahan waktu pagi… rupanya kesilapan telah berlaku.. mmg bilik yg cina tu duduk mmg bilik kitaorg coz katil king sbb mmg bos kecik uruskan utk katil king or queen..ye la laki bini xkan tido katil single kot kan.. .. so  cina yg kata kitaorg perompak tu 2 single bed.. tp kunci tu dah tersalah label mcm tu la.. jd dia pun bgtau cina tu.. ntah apa bahasa dia guna aku x tau cina tu bising gak.. pastu dorang bgtau yg dia dah masuk salah bilik coz dia yg tmpah 2 single bed hai patut dpt katil besar ko senyap je pastu diam2 kat dlm ..ko la rompak bilik org kannn….. ntah la salah dia ke salah hotel..aku salahkan hotel gak coz cuai… pastu budak kaunter panggil samada aku aku nak bilik baru atau nak bilik yg cina ni duduk sekarang.. coz bilik yg katil queen or king  dah hbs.. yg ada katil single.. eiii xmo la aku nak tukar bilik yg cina tu dah duduk..coz ni tgh mlm sape nak kemas bilik tu nak tukar cadar lagi.. pastu makan masa lama lagi aku dah keletihan ni.. xpe la aku n hb rela la duduk katil 2 singgle bed tu.. so dkt pkl 2 baru dpt masuk bilik …
bila dpt kad pintu  baru  tu terus aku sound budak kaunter tu blh x u naik dulu bilik ni checking dulu ada orang x  dlm nya..coz aku x mo tunggu lama n kejadian sama berulang..kalau x saya ok je tido kat lobby ni… trs budak tu ok puan kami check dulu.. fuhh lps tu baru lega naik bilik mandi2..on aircond semua..tidurrrr…
Korang ada ke pengalaman mcmni.. ok hotel ni adalah hotel baru di tawau.. bilik , kebersihan nice.. Cuma alahai..nasib satu mlm je tido sini coz esoknya kami ke semporna tidur atas floating resort.. tp peristiwa ni bos kecik tau keesokan harinya..aku n hb malas nak call dia semalam ye la dia pun dgn anak bini dia mls nak ganggu privacy org.. jd kitaorg settlekan sendiri je lah.. so bos kecik pun cerita kejadian salah bilik ni agak kerap sbb dia pnh experienced yg sama..masuk2 bilik tgk free show..tp boss kecik lagi jahat dia x tutup pintu dia siap duduk tgk ha kau…sampai org tu terkejut ada org tgk aksi mereka tp  boss kecik ni mmg selamba je.. ni bilik saya..hotel bg kunci ni sambil tunjuk kunci .. so korang bygkan situasi seterusnya.. tp itu di kejadian boss kecik berlaku  kk.. so next visit ke tawau mmg banned trs la hotel ni

Saturday, 13 July 2013

TIPS JIMAT MINYAK menjelang Syawal.. Dari OriBiostick Fuel Booster

Tips Jimat Minyak :-

1) Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda kerana molekul minyak lebih kecil dan padat di waktu pagi/sejuk berbanding semasa cuaca panas..Elakkan mengisi waktu tengahari..

Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

Dan untuk Dapat penjimatan minyak 40% anda wajib guna Ori Bio Stick Fuel Booster
yang memberi penjimatan RM lebih KM , jaga engin dan kuasa pecutan berganda....

Friday, 26 April 2013

ADD FRIEND VS UNFRIEND

As salam semua..seandai ada yang membaca blog picisan ini.. oh blog ini merupa 100% luahan rasa saya sendiri, maknaya sekadar berkongsi aktiviti dan pandangan saya..

berbalik tajuk di atas pernah x terjadi ada kawan2 rapat kita bertindak membersihkan list sehingga  UNfriend kita ..dan ada juga yg kita tak kenal add friend lantas di alam maya terus jadi bff

ok perkara ini terjadi pada saya juga kerana mungkin ada yang kurang senang dengan status politik di wall saya..dan mungkin beliau beranggapan kalau nak jadi BFF mesti sokong PARTI yang sama..ini berikutan saya dapat tgk sendiri beliau juga update status berunsurkan politik ye la kalau saya sokong hijau beliau kutuk hijau kerana saya tahu beliau PUTERI UMNO..namun sifat saya apa jua status politik saya tidak pernah komen di bawah ruangan komen entry terbabit.. saya akan komen di ruangan wall milik saya sendiri... saya sudah agak perkara kena virus UNfriend ni akan terjadi namun saya tidak akan berbuat demikian kerana bagi saya nilai persahabatan perlu dijaga walaupun beza fahaman politik.. saya masih berkawan dgn penyokong2 berlainan arah kerana saya yakin dengan persahabatan perlu di teruskan walaupun x 100% sekepala ..x gitu ..sejak berhenti di tempat kerja lama saya mmg jarang bersua muka..hanya di FB tempat melepas rindu pada sahabat.. namun setelah di nyahkan dari list maka  terputuslah hubungan tersebut.. saya tidak kisah pun kerana yg memutuskan hubungan ini adalah beliau.. saya ini agak berbeza dgn beliau kerana saya dulu aktif berpesatuan,jadi pengalaman itu memberi pendedahan sebenar dunia politik  semasa di zaman kolej.. beliau ini hanya setakat pemain bola jaring bagi kolej kediaman di utara..dan rezeki berkahwin dgn org berada jadi beliau x kan rasa isu2 rakyat yang di bawa oleh PR ini satu perkara serius kerana hidupnya di lindung emas.. itu kan rezeki Allah.. jadi jika tidak setuju isu di bawah PR kerana beliau x pernah rasa menderita akibat kesempitan dan kesusahan.. saya pulak merasa susah dari zaman kanak2 dan apabila mempunyai kesenangan sendiri saya selalu meletak kan diri di tempat orang yg rasa susah.. jadi biarpun fahaman berbeza dengan kawan saya ini saya tidak pernah ralat kerana saya yakin perjuangan ISLAm lebih dari segalanya dan saya sentiasa berdoa beliau di beri NUR utk tolak UMNO ..kerana saya sayangkan beliau... mungkin beliau tidak akan baca entry ini namun saya tetap akan berdoa dan persahabatan saya dgn beliau tetap manis sampai bila2..


PERSAHABATAN IKHLAS DAN MATANG MESTI DILETAK KAN DI KELAS TERSENDIRI TANPA BERCAMPUR FAHAMAN POLITIK..

Sunday, 24 March 2013

Jelajah Presiden PAS ke negeri Johor Pt 1.

Last week jelajah tuan guru hj hadi ke johor...bermula dgn kenduri rakyat di kulaijaya...ramai yg memeriahkan majlis..makan sedap nasi beriani..ada lauk kambing,ayam,dan lembu....air mcm2 warna ...
ucapan


antara pemimpin pr















Cuba tgk pemimpin cina ni semua pandai makan guna tangan... x pnh tgk ckna mca blh mcm ni..mesti minta sudu..

Ada persembahan pentomin...hantu spr...kreatif org kulai...


Trak ubah DAP

posted from Bloggeroid

Konsep tutup aurat atau ???

Marilah kita bersama sama elakan dari terpakai pakaian spt ini...fesyen keliru ....

posted from Bloggeroid

Siapa kata PAS tidak diterima kaum lain....umno je kata...

Biar gambar berbicara....non muslim pun percaya dan baca harakah...zaman sekarang mana ada baca utusan...sape baca mmg kira otak tepu terima berita fitnah...

Sunday, 20 January 2013

JANJI NAJIB Di Kelantan...


Hari ini berlangsung perasmian RTC Tujung di kelantan... dalam program janji Ditepati Bang Najib telah berjanji

Stadium Baharu

Masjid Baharu

Lebuhraya K.Krai-Kb

Bas RApid

Kampus UITM Baharu

Perumahan rakyat  untuk 3000 unit...

masalah air  di negeri kelantan SELESAI


persoalanya?????????????????????????


lebuhraya K.Krai - Projek berkenaan diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010).


kenapa kena tunggu BN perintah negeri Kelantan baru nak tepati janji... sedangkan projek tersebut adalah projek kerajaan persekutuan dan diluluskan dalam belanjawan kerajaan pusat ...

makanya kalau Kelantan dapat di tawan oleh BN peruntukan dari makah utk pembiayaan ini ? songlap duit kerajaan negeri pulak ke............

dan mana perginya peruntukan yg telah diluluskan untuk rakyat kelantan.....

Sudah 2 kali ye peruntukan diluluskan ...kenapa tidak ditunaikan????


soooooooooooooooooooooo


rakyat kelantan ...apa kata anda ? maukah anda mengundi BN dlm PRU 13 akan datang semata2 utk janji2 Bang Najib hari ini...

p/s : kalau PR ke Putrajaya lebih dari ini kita dapat dan paling penting bukan utk satu2 negeri je..seluruh Malaysia rasainya hasilnya .........



Sumber :Malaysiakini


Saturday, 19 January 2013

APA MUSLIHAT TUN M


 




kali ni aku nak komen pasal isu pemberian ic kepada pendatang asing...apatah lagi sekarang sedang berlangsungnya siasatan Suruhanjaya DiRaja (RCI ) bg pemberian kerakyatan di Sabah.. dan umum dah mengetahaui ia benar2 belaku dan diakui oleh TUN M ..seorang NEGARAWAN dan bagi org umno toktok uis jgn kutuk beliau walaupun tindakan nya itu sy anggap sebagai melampau.. .. ada rakyat sabah sendiri sukar dpt ic ... tp sesenang je nak bg kerakyatan pd pendatang asing.. so no wonderlah kalau PRU13 ni ramai PATI  akan mengundi demi mengekalkan kuasa UMNOBN ...dan sekarang TUN M menyalahkan TAR yg dikatakan telah memberi kerakyatan kepada pendatang asing waktu itu( siapa pendatang asing waktu tu??? cina dan india yg ada..(secara x langsung Tun labelkan cina dan india yg ada sekarang pun pendatang asing juga) cina dan india pada masa sebelum merdeka.. dan hari ini apabila ditemuramah oleh wartawan beliau mencadangkan RCI ini ditubuhkan utk siasatan pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yg setahu saya salah satu syarat utk Msia capai kemerdekaan adalah mengekalkan perpaduan kaum dan automatik  cina dan india di tanah melayu waktu itu tidak blh dihalau keluar dari tanah melayu .. soooooooooooooooooooooooo

apa komen dan pandangan korang dm isu ni??? RCI utk pemberian kerakyatan kepada cina dan india sebelum merdeka? PERLU ke? racist x isu ni? kalau RCI itu ditubuhkan dan terbukti pulak bahawa tindakan Mantan Perdana menteri Pertama Malaysia itu salah sebab bagi kerakyatan pada cina dan india  ..apakah nasib semua org cina dan india di negara ini??? kena balik negara asal tok moyang dorang ke?? ntah pelik betul saranan Negarawan ini atau beliau ada tanda2 penyakit N...Y...A..........................K  dan keturunan mcm beliau nak masuk kategori apa perlu x RCI ??? dan zaman sebelum merdeka beza dgn MALAYSIA sekarang Tun..Pemberian ic dan warganegara utk selamatkan UMNO BN shj..bukan nak  selamatkan negara....apapun bangsa kita sekarang berbalik pada asas Al-quran dan As-Sunnah ..islam mampu sejahterakan semua kaum di dunia ini x kira bangsa apa....  makanya kalau sokong UMNO BN adalah sokong Pengkhianat..org UMNOBN x blh bising la pasal PATI2 yg ada kat Msia ni.. program 6P tu convert je jadi Program mewarganegarakan supaya UMNOBN kekal berkuasa..x gitu...


Sumber Mstar dan Malaysiakini 

Friday, 18 January 2013

Syurga Khayalan Ummi Hafilda

Ummi Di ATAS SYURGA KHAYALANYA












Resepsi Ummi Hafilda.. ada sumber katanya ianya di taja oleh PM ..saya x pasti kesahihannya.. Majlis berlangsung di PWTC.. turut dihadiri oleh abangnya  seorang ahli politik dan isterinya  iaitu Bangjib dan kakak tersayang kak Mah.. hahaha...

apo komen uollss wanita penegak ISLAM ni... n oppss khabarnya nikah di PAKISTAN ... suami nya org Pakistan.. Alhamdulillah maka bertambah lagi sorang penyokong atau mungkin jadi pengundi  Bang Najib ....Suami dia  warga Pakistan... ni dapat ic free x ni? pengorbanan adik ipar BangJib dan kak mah ni adalah menangguhkan HONEYMOON ke EUROPE kerana nak bantu kempen PRU13... what say u !!! hahaha
Dan ..............
kata pejuang melayu kenapa lagu hero nyanyian mariah carey yg di pilih...x cukup adat melayu guna kompang... kata pejuang ISLAm kenapa  x guna selawat nabi..kenapa guna lagu HERO ????
Perarakan masuk PENGANTIN ni dikatakan berlatarbelakangkan lagu HERO Mariah CAREY...
Add caption
Sumber MSTAR ONLINE

Tuesday, 15 January 2013

Lagu Hit Listen Listen dari Presiden Suara Wanita 1 M..lps ini disebut presiden KEBAJIKAN Haiwan 1M

trending semalam lagu listen ni..dan di jangka akan terus hit.. teruskan dengar lagu listen ekslusif di RADIO TERPEDASSS CILI FM 


Dengar Lagu disini ...Terbaeekkk Jom Klik

Dan lagu REMIX di dini wajib tengok

kasihan adik Bawani.. soalan nya tidak dijawab... yang saya lihat antaranya ..lihat komen di bawah

Cik Ke Pah oiii..

Awak kata demokrasi.. diri sendiri x faham demokrasi  ..kalau demokrasi berilah peluang adik bawani habiskan hujah..ni ko masuk bab sampai ke sharkfin soup pulak alahai.. ko ni mewakili suara binatang 1M ke?

Adik bawani tanya kenapa x blh bg pendidikan percuma..ko jwb soalan dia..

Adik bawani tanya  kenapa BERSIH dikatakan sebagai PERHIMPUNAN HARAM sedangkan mahkamah kata ianya adalah sah taraf ...

adik Bawani berani dan lantang menyatakan hujahnya.. kalau hujah dia x betul ko cik ke PAH jwb hujah dia bukan jerit bagai nak gila ckp listen listen listen....pastu lawan hujah pasal hak binatang... dan paling best halau dia keluar kalau x suka duduk Malaysia.. bengap tahap gaban la... demokrasi ke cara ko ni??

bagi aku senang je... Malaysia mampu bagi pendidikan percuma sebab negara ini sgt kaya dgn hasil bumi...malah cukai kiri kanan atas bawah kena bayar... jika wang negara ditadbir urus dgn baik dan tanpa rasuah dan ketirisan mmg pendidikan dan ekonomi lbh baik mampu dirasai oleh lapisan rakyat. ini PTPTN di wujudkan untuk hentak rakyat dgn interest yg kalah AH Long... pastu dgn adanya PTPTPU ni bagi pulak lesen kolej swasta yg ntah hape2 tu beroperasi.. org kg org yg nak belajar terpedaya..kualiti ke laut sampai ada sijil atau diploma x laku..dan yg x lulus spm pun dpt tawaran..pastu berjaya dpt diploma murahan..dan kerja susah cari..end up tanggung hutang PTPTPu.. ada tu yuran kolej x masuk akal..disonglap plk oleh pihak kolej..dan duit tersebut x sampai ke tangan pelajar..end up pelajar kena tanggung hutang PTPTU hasil kerjasama program kolej dan PTPTN sendiri... ok balik semula isu Bawani 

dan kenapa ko kata jgn COMPARE MALAYSIA dengan NEGARA LUAR tu??? oh kalau hal kebaikan jangan compare kalau bab keburukan cth mcm kejatuhan kerajaan di Mesir dsb nya ko suruh pulak compare... sila lihat negara luar itu ini.. bab benda baik2 dari negara luar je jgn tiru sebab ini MALAYSIA..oh My Malaysia .. rosak kalau negara ada ramai presiden Ngo macam ko cik ke PAh oiii... lps ni ko jadi je presiden suara BINATANG 1 Malaysia...


Dan yg aku x faham...tepukan dan sorakan pelajar UUM yg lain tu? apa pendirian dorang ni.. masa BAWANi lantang bersuara korang tepuk..masa si Ke Pah tu nyanyi irama merdu listen dan merepek pun korang support..mana satu halatuju mahasiswa.. fikir logik la dik oooi sokong yg mana utk kebaikan...
xkan hancurnya MALAYSIA kalau PR perintah..telah terbuktikan... Kelantan ada huruhara? ada yg mati x makan? KEDAH, SELANGOR, PENANG terseksa ke mereka dibawah PR? malah ada banyak kebaikan AIR percuma ..save duit ...Pinjaman kerajaan negeri pun tanpa interest pinjaman 10k bayar balik pun 10k ..itu baru pertolongan kerajaan .. kalau PTPTN x caj interest bulan2 pun rakyat dah happy.. ni tiap2bulan calculate base on outstanding balance... (nampak x peruntukan duit ini didagangkan untuk apa?  ok kalau alasan  kos pentadbiran , pinjaman tu calculate 1 off pun ok lagi kan ni x kenapa dikira mcm sistem pinjaman  bank? )  rizab tunai kerajaan makin banyak compare tu masa BN... tgk la AUDIT NEGARA bg laporan apa kat negeri PR... puji-pujian ...  maknanya JELAS PR tadbir lebih baik.. kekacauan dan rusuhan berlaku sebab org BN yg tak puas hati dan x lh terima kenyataan dan x blh rompak hasil rakyat lagi..jd kedudukan poket mereka x selamat kerana peluang nak songlap duit berjuta2 adalah tipis...


jadi bangkitlah MAHASISWA menegakkan keselesaan pendidikan negara.. Kita mampu UBAH..:)


Monday, 14 January 2013

Bencana Alam atau kegagalan pentadbiran?




Sekarang musim hujan ..biasalah hujan sgt lebat akibatnya banjir.. kalau di pantai timur  terutama Kelantan dan Terengganu mmg selalu banjir.. tiap2 tahun banjir..pastu banjir pulak kat johor terutama segamat…
Kali ni berita pasal banjir ni bila melibatkan negeri pentadbiran PAKATAN RAKYAT semuanya salah kerajaan negeri.. MP BN di Selangor 100% salahkan kerjaan negeri katanya dulu x di Selangor x pernah banjir.. ni punca system perparitan.. melayu mudah lupa btl la MP BN ni.. atau dia baru dilahirkan sampai x tau selangor  pun ada je banjir dulu masa korang berkuasa…. mcm2 tohmahan la begitu juga KEDAH dan KELANTAN amboi mcm dulu x pnh banjir je.. TV3 hari2 spin cerita sampai di saat Allah turunkan sumber air ni ada pihak sanggup sabotaj air x da di Selangor.. semata2 nak buruk kan imej kerajaan negeri.. sedangkan berpunca kerosakkan pam.. dan pam adalah dibawah kendalian SYABAS so kegagalan SYABAS la..CEO tu letak la jawatan kalau x blh urus..kerajaan negeri nak urus sumber air sendiri supaya x terus menganiaya rakyat.. ingat lagi x kejadian black out seluruh malaysia dulu… so CEO TNB tu kena letak jawatan.. sbb dia yg salah..coz bekalan letrik disediakan oleh pihaknya bukan PM yg kena letak jawatan.. ni terbalik bila di Selangor salah Kerajaan negeri pulak sedangkan terang dan nyata CEO SYABAS tu sape? SYABAS yg uruskan air di Selangor.. bukan Tan Sri Khalid..
Ok ulasan saya;
Banjir itu bencana alam.. ya mungkin punca nya juga system perparitan.. tp percaya atau tidak “kun Fa Ya Kun” kalau system canggih mcm na pun nak banjir tu banjir juga la kan.. Allah yang ciptakan semua… semua atas IzinNya..
Dan system perparitan kalau di Selangor ni telah pun di bina dari zaman BN perintah.. ello PR baru pegang x sampai 5 thn ..sape yg rancang Bandar di Selangor ni dulu ..so sape yang bina system perparitan ni semua?
Dan dah tentu kalau ada parit or longkang dan sungai  dah korang asyik buang segala macam kat dalam tu sampai tersumbat segala.. tu la bila kempen hijaukan bumi korang buat dek je siap marah2 lagi .. now bumi marah lantas jadinya banjir.. tu peringatan tuhan pada kita kerana x menjaga hubungan manusia dan alam…
Ha dan begitu juga la PM kata banjir ini bencana alam keluar muka depan surat khabar yg selalu je kena saman n kalah plk tu sebab kejenya spin cerita asal sampai jadi fitnah…..coz terjadinya banjir besar kali ni di Kuantan dan Pahang.. negeri sape tu?? Pandai kata banjir  adalah bencana alam dan bukan salah kerajaan tapi bila bab negeri BN kan.. bila negeri PR je semua salah kerajaan negeri.. Propa sangat oii pemimpin BN ni mmg xda otak la … ketua kata lain MP dia pulak kata lain.. korang Nampak x sape x betul ni.. kalau x Nampak mmg buta mata..buta hati …
Dan bila la sibuk fitnah kerjaan negeri PR terlupa plk korang eh… dulu projek SMART Tunnel tu utk apa? Utk elakkan banjir di KOTA KL kan… dan kurangkan kesesakkan jalanraya kan tapi apa terjadi di KOTA KL yg sering banjir Kilat bila hujan… cukupla kalau hujan 30 minit tanpa henti di KL mmg alamatnya ada la kena redah banjir… tu x masuk berita TV# atau suratkhabar fitnah tu…dan adakah dgn adanya Smart tunnel ni JAMMED di KOTA KL berkurangan? So apa guna labur duit rakyat tp masalah tetap sama..siap kena caj lagi nak guna tunnel ni..walhal kos pembikinan guna hasil rakyat.. siap ambil lagi duit rakyat tetiap tahun bayar konsesi.. apa kejadahnya??
So korang pikir la sendiri.. propaganda BN .. bila bab PR salah kerajaan ..bila bab negeri BN je semua nya perfect.. KL tu sape punya yg blh banjir tu ??

Sunday, 13 January 2013

Mari sama- sama Bantu PEJUANG KITA

 ENTRY KHAS: KONGSIAN DARI FB
 
 
Assalamualaikum wbt.

Salam Sejahtera untuk kaun cina dan india dan juga pemimpin parti ploitik PR


Peserta HKR112 yang mengalami kemalangan jalan raya.

Sumbangan derma dari sahabat semua amatlah dihargai.

Nama : Encik Daud Abdul Manan.


Kejadian : Motosikal terbabas sewaktu pulang dari #HKR KL112
Tempat : atas jambatan Temerloh sebelum R&R.

Pekerjaan :Penjaja ikan

Tanggungan : 6 orang anak. Anak yang sulung dan kedua kembar baru berusia 17 tahun. Anak yang ketiga baru 15 tahun. Anak keempat 11 tahun. Anak yang kelima berusia 8 tahun dan yang bongsu berusia 8 bulan.

No acc bank BSN : 1110029849518290
Mek Wook @ Rohaya Binti Awang.

Jika dapat disebarkan kepada yang lain juga. Segala jasa baik para dermawan hanya Allah yang mampu membalasnya.

HKR KL 112 Gagal ke?



 

HKR KL 112 berjaya berlangsung dgn jayanya ..kali ini tanpa provokasi makanya sangat Jelas PAKATAN RAKYAT bukan perusuh .. cuma mcm biasa media dan penyokong umno toktok ni x blh terima kenyatan... sehingga ada je nak dijadikan bahan fitnah mereka...

saya terima komen sebegini:

sibuk MERUSUH ingat solat ke? 

kasihan... solat tu kewajipan.. di padang pun boleh solat... pernahkah program UMNO ada pengisian jiwa? kalau konsert himpunan jutaan belia tu ingat solat kah mereka ketika konsert artis melalaikan berjalan atau pernahkah pemimpin mereka jadi imam ajak anak muda solat?

dan butakah mata dia ni rusuhan kah itu? alahai pergi masuk sekolah dik non.. xda provokasi upahan dari sinun makanya kami aman sejahtera sahaja...

Sumbangan apa mereka pada anak bangsa sehingga sibuk kata kerajaan x betul... alahai sekali lagi dik non luaskan pembacaan dulu sebelum sempitkan pemikiran awak tu... cari dulu jwpn apa tuntutan yg ingin rakyat sampaikan. kami menggunakan hak sedia ada sebagai rakyat Malaysia. siapa yg tau erti demokrasi akan tahu hak mereka. jika PR menang satu hari nanti kamu akan bersyukur dgn perjuangan kami kerana anak cicit kamu bakal terima hasilnya... tapi x tau la kalau u jenis dari keluarga mewah datang dari kroni umno yg dikurniakan jutaan ringgit kontrak .. rembat duit rakyat.tentula x suka dgn PR sebab nanti takut x dpt rembat duit rakyat...dan sila fahami juga apa tugas PEMBANGKANG... kalau kerajaan kuat dan pembangkang kuat makanya yg untung adalah rakyat kerana dua2 berlumba nak tarik hati rakyat..itu telah terbukti..bila PR buat tawaran air percuma dan sebagainya BN yg x pernah hulur sibuk tiap2 tahun tiru cara PR bezanya BN kuat sangat makan duit rakyat dan buat benda pelik2 anggap rakyat ni bodoh sgt.Prinsip umno biar rakyat papa asal isteriku bergaya oppps terlebih sudaa....jd kami dah muak ... Tukar inikalilah






Pic ni semua credit to FB CILI FM ..ambil dari sana..TQ pada empunya pic..

Thursday, 10 January 2013

Updated: Tips ke HKR KL112


 

Sumber dari rakan FB 

TIPS Ke Perhimpunan HKR pada 12 Januari nanti...

(Untuk Dikongsi Bersama)

1. Pastikan tidak mengambil rokok suriya atau ubat batuk atau ubat2an yang berpotensi sangkut kena urin test. Nanti keluar pula Utusan UMNO 8 disyaki peserta demo HKR positif dadah di sekatan jalan.

2. Pastikan buang logo / stiker parti2 bukan BN. Kalau boleh tepek stiker UMNO / KIMMA / PERKASA. Kalau boleh buang sekali tanda2 sujud di dahi bagi mengelakkan polis cap anda peserta demo.

3. Pastikan baju parti / Unit Amal / BERSIH tidak boleh dijumpai oleh polis dalam setiap kali roadblock.

4. Updated lokasi roadblock di FB HKR sejak 27/4 itu. Jadi seluruh Malaysia akan boleh merujuk maklumat itu dalam merancang perjalanan mereka.

5. Organize satu port di mana orang berkumpul dan bertukar penumpang untuk menjadikan 1 kereta terdapat pelbagai bangsa di dalamnya.

6. Sepakati terlebih dahulu alasan2 yang dikemukakan ketika pemeriksaan polis. Contohnya, alasan menghadiri kenduri kawin di kawasan terdekat dengan roadblok (jika roadblock di Besut menghala ke Kuala Terengganu, kenduri kawin di Kuala Terengganu. Sapa bagi alasan kenduri kawin di KB tu bangang namanya).

7. Polis tiada hak memaksa rakyat Malaysia patah atau batalkan perjalanan. Jika perlu patah semula, minta pinjam kereta polis sebab perjalanan pulang pun ada roadblock juga. Biar kita terpaksa ke balai untuk melengahkan kita, dari tunduk kepada arahan tanpa hak supaya membatalkan perjalanan. Alang2 cukur bulu ketiak, cukur sekali bulu ari2.

8. Kepada yang bagi alasan menghadiri pertandingan battle of the band di Kuala Lumpur, jangan lupa bawa gitar dalam kereta sebagai wayang. Jangan sesekali bagi alasan ini kalau rakan anda memakai serban.

9. Kredit Handphone mesti banyak. Supaya boleh SMS maklumat kepada kereta rakan di belakang sebaik sahaja anda nampak lampu kelip2 biru PDRM. Padam setiap kali sms. Jangan jadi Jeming Hase.. memori sms sentiasa full. sms baru susah nak masuk.

10.Wajib membawa air garam,atau garam atau Colgate (minum @ makan @ sapu di bawah mata semasa kena tembakan gas FRU)

11.Pastikan muka anda dilindungi (ikatkan mata tutup mulut dan hidung..klu bleh pakai spec)

12. Bagi orang Islam sekurang-kurangnya bacalah “Bismillahhirohmanirrohhim” sebelum memulakan perjalanan.

*SELAMAT KE PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 RAKAN SAHABAT…SEMOGA KALIAN SELAMAT TIBA DILOKASI DAN SELAMAT DALAM PERJUANGAN…SESUNGGUHNYA SETIAP PERJUANGAN PASTI ADA CABARAN.

JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN…JIKA TAKUT TURUN KE GELANGGANG
JANGAN BICARA TENTANG KEADILAN…JIKA TAKUT MENENTANG KEZALIMAN
JANGAN BICARA TENTANG KEJAYAAN…JIKA TAKUT MENGGELUMANGI KEGAGALAN

ANAK BANGSA tidak perlu takut pada PEMERINTAH, tetapi PEMERINTAHlah yg patut takut pada ANAK BANGSA!

Ketika Allah rindu pada hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.

Jom Dengar Radio Internet Terpedasssss CILI FM dan Beli Kalender ni CEPAT..

Jom dapatkan kalender edisi khas.. hanya RM10 siapa nak cpt komen.. Bayaran ke Acc CIMB 12230000058105 atau Maybank 156039396250 

Tips Utk ke Himpunan Kebangkitan Rakyat.HKR112

Esok akan berlangsung satu Perhimpunan .. HKR112 .. Selamat Berjuang sahabat... Jumpa Di sana

Kontroversi Isu perhimpunan ini.. mcm biasa pihak sebelah sana tu panasss je sbb dengki .. mcm2  kisah ..apa pun PDRM telah memberi janji untuk menjadikan HKR sebagai himpunan aman dan akan bekerjasama ..walaupun aku agak pelik dgn janji ini... ye bila terjadi sesuatu nanti pihak Umnongok ni akan spin semula kata PR ni mmg puak yg ingin menghuruharakan negara.. yelah  sbb PDRM dah janji nak jaga elok... tgk sape yg ganasss...Puak PR la ni.. Stadium telah diberi tapi bersyarat... selang sehari bg izin minta tukar pulak ke bukit jalil.. hai main aci lut btl la dorang ni... xpe lah apa pun jadi nanti kita peserta ni yg kena sabar lebih... dan ini antara tipsnya..

Selain korang bawa mineral , towel dan sebagainya...jangan bawa senjata sudahh.... kang x pasal2 isu besar plk kan... mcm Bersih dulu ada je yg menyamar sebagai peserta dgn pakai t-shirt kan... so korang kena hati2 pada yg suka provok... jgn membalas.. sebaliknya bertakbir la beramai2 ... jangan bila dorang jerit korang pun jerit.. jerit AllahuAkhbar je sepanjang jalan .. IGNORE kata-kata nista Puak-Puak yg akan cuba buat kacau utk jatuhkan imej PR.. nanti isu perhimpunan ni akan jadi modal politik dorang.. coz naluri aku kata isu perhimpunan adalah isu yg dorang blh jadikan modal politik pru13 ni.. sebab tu dorang agak berlembut bagi keizinan stadium la,polis bg kerjasama la...supaya mudah dorang spin bahawasanya peserta ni semua x makan saman dan perosak negara..ha korang faham x maksud aku ni... so BERSABAR sehabis mungkin semasa perjalanan ke HKR... Zikir la supaya dapat halang syaitan-syaitan dikenali buat kacau utk berhimpunan kita... Salam Reformasi Sahabat.. InsyaAllah jika niat kita Benar dan sentiasa Zikir Allah ada bersama kita.. Amin Semoga semua selamat... Takbir...